Bentuk Muka Oval
Bebas
memilih gaya bertudung, Jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk
menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak
tudung atau pun tidak.
Bentuk Muka Petak/Kotak
Ciri bentuk muka petak adalah lebih
lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang
yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan
tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung. Mereka yang
mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail
Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya
selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.
Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka
yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.
Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak
pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang
tinggi,disarankan
menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke
bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening . Penggunaan anak tudung syiria
bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka
panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang
tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval, semua jenis selendang
sesuai digayakan.
Bentuk Segitiga
Dagu panjang
adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang
lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh
mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian
rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan
kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi
membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak
tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan
selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.
Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis
yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya
selendang harus menjurus kepada gaya pintalan kerana ia dapat membuatkan
bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk Muka Bulat
Bentuk muka bulat dicirikan dengan
jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang
bertimbung di pipi. Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih
anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Bagi
pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang
nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selandang
pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai
bentuk muka bulat. Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal
sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
No comments:
Post a Comment