- Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
- Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
- Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
- Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
- Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
- Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
- Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.
TUDUNG CHIFFON
- Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun bahan pencuci selama 5 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik).
- Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup, usap menggunakan tangan di bahagian yaan kotor dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
- Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan.
- Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.
- Cara melipat tudung juga perlu betul. Pastikan jangan melipat bahagian awning tudung, seeloknya simpan menggunakan tapaware atau sangkut mengunakan hangersupaya awning tidak mudah patah.
- Jika ada kedutan dibahagian penyepit pastikan menggosoknya menggunakan suhu yang rendah dan hanya di bahagian kedutan sahaja. Elakkan mengosok dibahagian awning tudung kerana akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai.
- Jika bahagian owning terlipat, basahkan sedikit dengan basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.
LAIN-LAIN
- Tudung Lycra adalah fabric tahan kedut dan tidak perlu digosok/iron. Sekiranya perlu menggosok, anda diingatkan supaya menggunakan seterika dengan suhu yg rendah. ELAKKAN drpd menggunakan seterika yg terlalu panas!