Thursday, 11 July 2013

PENJAGAAN TUDUNG

TUDUNG BAWAL
  • Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh. 
  • Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung. 
  • Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk. 
  • Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar. 
  • Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika. 
  • Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju. 
  • Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut. 

TUDUNG CHIFFON 

  • Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun bahan pencuci selama 5 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik). 
  • Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup, usap menggunakan tangan di bahagian yaan kotor dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci. 
  • Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan. 
  • Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja. 
  • Cara melipat tudung juga perlu betul. Pastikan jangan melipat bahagian awning tudung, seeloknya simpan menggunakan tapaware atau sangkut mengunakan hangersupaya awning tidak mudah patah. 
  • Jika ada kedutan dibahagian penyepit pastikan menggosoknya menggunakan suhu yang rendah dan hanya di bahagian kedutan sahaja. Elakkan mengosok dibahagian awning tudung kerana akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai. 
  • Jika bahagian owning terlipat, basahkan sedikit dengan basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula. 

LAIN-LAIN

  • Tudung Lycra adalah fabric tahan kedut dan tidak perlu digosok/iron. Sekiranya perlu menggosok, anda diingatkan supaya menggunakan seterika dengan suhu yg rendah. ELAKKAN drpd menggunakan seterika yg terlalu panas! 




No comments:

Post a Comment